Thursday, February 3, 2011

Kenapa Aku Di Dalam Blog..


photo by neeshan maaruf
Aku terjebak dalam dunia blog kerana aku seorang yang tak suka cakap banyak. Pendiam ke? Tak juga...tengok pada situasi dan keperluan. Blog ni lah menjadi medium untuk aku meluahkan segala isi hati aku. Aku tak nak pendam lama - lama segala rahsia hati..marah suka duka benci. Takut boleh jadi gila..Sebelum aku gila, baiklah aku luahkan segalanya di sini.  Ada juga orang kata, orang yang tak ada kerja atau tak banyak kerja sahaja yang ada masa nak buat blog ni. Tapi aku tengok, orang yang selalu kata orang lain tak ada kerja tu..dia yang tak ada kerja atau tak banyak kerja atau tak nak buat kerja. Sebab kalau dia ada kerja, tak ada masa dia nak sibuk kan hal orang.
 Ada orang, gunakan blog untuk menyampaikan maklumat atau info - info. Mereka pakar dalam bidang tertentu maka mereka buat blog untuk berkongsi ilmu yang ada. Mereka mungkin berpengaruh, mempunyai ramai kawan. Jadi pengaruh tersebut digunakan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat.
 Tapi kebanyakan sekarang, blog dijadikan perantaraan untuk menjana pendapatan sampingan. Tak perlu lagi menggunakan mulut untuk melariskan produk. Hanya dengan satu klik...ramai dikalangan bloger sudah pun berjaya...
 Anda?? sebagai bloger..apa tafsiran dan tujuan anda mewujudkan blog anda?